Terdapat 184 berita berdasarkan kata kunci carian "maritim"

Konflik Asia Barat Berpanjangan Berpotensi Ganggu Pasaran Baja Malaysia - FIAM

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Konflik yang berterusan di Asia Barat, jika berlarutan, boleh menyebabkan gangguan struktur yang teruk dalam pasaran baja Malaysia, menurut Persatuan Industri Baja Malaysia (FIAM).

Persatuan Penghantar Fret Labuan Optimis Terhadap Prestasi Megah Port

LABUAN, 18 Mac (Bernama) -- Persatuan Penghantar Fret Labuan (LFFA) menzahirkan keyakinannya terhadap prestasi Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dalam mengurus dan mengendalikan operasi di Pelabuhan Labuan.

OCBC Semak Semula Unjuran Brent Lebih Tinggi, Cecah US$100 Pada Pertengahan Tahun

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- OCBC Group Research telah menyemak semula unjuran minyak mentah Brent menjadi lebih tinggi, menjangkakan harga kekal meningkat pada sekitar US$100 setong hingga pertengahan tahun sebelum susut ke arah US$70 setong menjelang awal 2027 di tengah-tengah gangguan bekalan yang berterusan.

Megah Port Management, Lembaga Pelabuhan Labuan Meterai Perjanjian Bagi Pacu Operasi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) hari ini memeterai perjanjian lanjutan operasi, kemudahan dan pengurusan serta perjanjian pemajakan bertujuan mengukuhkan lagi operasi pelabuhan dan perkhidmatan maritim di pulau bebas cukai itu. 

Bekalan Yang Pelbagai Lindungi Malaysia Daripada Gangguan Minyak Serta-merta - MPRC

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bekalan minyak Malaysia kekal stabil, disokong oleh penyumberan minyak mentah dan produk yang pelbagai, serta infrastruktur penyimpanan laut dalam dan terminal di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Konflik Asia Barat Tingkat Risiko Keselamatan, Tenaga, Kestabilan Serantau - Menteri Ekonomi ASEAN

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketegangan berterusan di Asia Barat akan memberi kesan kepada kestabilan dan keselamatan ekonomi, kehidupan jutaan penduduk di rantau ini, dan menghalang kemajuan ekonomi dalam ASEAN, menurut kenyataan bersama Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN. 

Selat Hormuz: Titik Strategik Konflik Asia Barat Dan Pengaruhnya Pada Pasaran Minyak Dunia

Oleh Voon Miaw Ping

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Ketegangan keselamatan maritim di Selat Hormuz susulan konflik ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran yang kian meruncing, meletakkan laluan air strategik itu di bawah pengawasan ketat antarabangsa. 

Pelabuhan Pulau Pinang Pantau Konflik Asia Barat Bagi Kestabilan Rantaian Bekalan

GEORGE TOWN, 13 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) sedang memantau rapat perkembangan konflik di Asia Barat bagi memastikan kestabilan operasi perkapalan antarabangsa dan aliran logistik yang memberi kesan kepada Pulau Pinang terutama berkaitan rantaian bekalan semikonduktor negeri itu.

Pelabuhan P.pinang Aktif Pengawasan Kecemasan Susulan Konflik Timur Tengah Jejas Perkapalan

GEORGE TOWN, 10 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) telah mengaktifkan mekanisme pengawasan kecemasan bagi melindungi daya tahan rantaian bekalan berikutan ketegangan ketenteraan yang semakin meningkat di Timur Tengah.

FMM Cadang Wujudkan Pasukan Khas Tangani Krisis Eksport Susulan Gangguan Selat Hormuz

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mencadangkan penubuhan Pasukan Petugas Khas Krisis Eksport bagi menangani kesan konflik Iran-Amerika Syarikat-Israel serta gangguan di Selat Hormuz terhadap eksport pembuatan dan perdagangan maritim negara.

Malaysia Berada Pada Kedudukan Baik Untuk Menyokong Bekalan Tenaga Serantau

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Malaysia boleh memanfaatkan gangguan bekalan minyak berskala besar disebabkan oleh konflik di Timur Tengah dengan meletakkan dirinya sebagai pembekal tenaga berdaya maju dan lebih dipercayai kepada pelanggan di Asia, kata penganalisis dan sarjana dalam bidang maritim dan minyak dan gas, Nazery Khalid.