3jam ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan terus komited memastikan pematuhan penuh terhadap piawaian kemampanan antarabangsa apabila 90 peratus estet sawit negara dan 85 peratus pekebun kecil persendirian setakat ini telah memperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
5jam ago
KUANTAN, 9 Feb (Bernama) -- Kilang Bio Eneco Sdn Bhd yang baru beroperasi di Gebeng di sini mampu memproses sehingga 20,000 tan hasil sisa kelapa sawit sebulan dengan hasilnya disasarkan untuk dieksport ke Jepun, Thailand dan Filipina.
2hari ago
SERI KEMBANGAN, 7 Feb (Bernama) -- Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi, kata Perdana Menteri India, Narendra Modi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Peminat “yuzu” di Malaysia akan dapat menikmati rasa dan aroma buah sitrus dari Jepun kerana produk yuzu dari Umaji Village di Wilayah Kochi, di pulau Shikoku selatan Jepun, dibawa ke Malaysia buat kali pertama.
4hari ago
KULIM, 5 Feb (Bernama) -- Pembukaan kilang milik sebuah syarikat dari Jepun yang menghasilkan kanta sentuh pakai buang harian, di negara ini memperkuatkan lagi hubungan strategik dua hala antara Malaysia-Jepun.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka mengekalkan pelaburan modalnya pada 2026, di tengah-tengah keterlihatan dividen yang kukuh dan potensi pulangan atas ekuiti (ROE) yang berkembang, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
5hari ago
HOUSTON (Amerika Syarikat), 3 Feb (Bernama) -- Perisian terkemuka Perancis, Dassault Systemes dan Nvidia telah menjalin perkongsian strategik jangka panjang untuk membangunkan seni bina perindustrian bersama bagi kecerdasan buatan (AI) yang penting, bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan "kembar maya" (virtual twind) berasaskan sains merentasi pelbagai industri.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan keseluruhan kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan iaitu 50.2 pada Januari 2026 daripada 50.1 yang direkodkan pada Disember 2025.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan Kerangka Insentif Baharu (NIF) berkuat kuasa 1 Mac 2026, bermula dengan sektor perkilangan dan diikuti oleh sektor perkhidmatan pada suku kedua 2026, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
11hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu mengubah pendekatan daripada menjadi negara perdagangan kepada negara berteraskan teknologi, menyelaraskan modal, dasar dan industri untuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan teknologi termaju sedia ada, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Projek perlombongan Malaysia-Perancis di antara Malaco Mining Sdn Bhd dengan pakar penapisan dan kitar semula nadir bumi Perancis, Carester memasuki fasa kilang perintis untuk perlombongan dan penapisan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks volum eksport dan import Malaysia masing-masing meningkat 13.8 peratus dan 4.0 peratus pada Disember 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).