5hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat negara meningkat 1.1 peratus kepada 183.6 juta tong pada 2025, sekali gus memulihkan penyusutan 3.5 peratus yang direkodkan pada 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Sentimen perniagaan kekal positif pada suku pertama 2026, seperti dicerminkan oleh Penunjuk Keyakinan (CI) sebanyak 4.0 peratus, menurun berbanding 6.2 peratus pada suku sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM272.4 bilion pada Januari 2026, dengan eksport dan import masing-masing RM146.9 bilion dan RM125.5 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
12hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ringgit kekal stabil berbanding dolar AS yang kukuh, ditutup hampir tidak berubah daripada paras semalam, didorong oleh daya tahan ekonomi positif seperti dicerminkan dalam data Indeks Pelopor (IP).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka terus berdaya tahan bagi suku kedua 2026 disokong prestasi Indeks Pelopor (IP) Disember 2025, yang mencatatkan marginal 0.1 peratus kepada 114.0 mata berbanding 113.9 mata dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
14hari ago
PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026) buat pertama kali diperluaskan bagi merangkumi sektor informal yang semakin penting dalam ekosistem ekonomi negara, termasuk perniagaan dalam talian, penjaja kecil, inap desa, pekerja gig dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan unjuran inflasi bagi 2026 pada kadar 1.8 peratus (2025: 1.4 peratus), hampir kepada paras tertinggi julat rasmi 1.3–2.0 peratus yang mencerminkan permintaan domestik yang lebih kukuh.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
22hari ago
BALIK PULAU, 15 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meneliti mekanisme berkaitan perkembangan harga barangan import susulan pengukuhan ringgit.
24hari ago
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang 6.3 peratus pada suku keempat 2025 berbanding angka pada tempoh sama tahun lepas merupakan prestasi yang cukup positif dan mengatasi unjuran awal.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 37.3 peratus pada Disember 2025 kepada 28,684 tan berbanding 20,891 tan pada November 2025, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia berkembang 4.8 peratus tahun ke tahun pada Disember 2025, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pengeluaran sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).