Terdapat 4103 berita berdasarkan kata kunci carian " pertumbuhan"

Ringgit Dijangka Diniagakan RM3.90–RM3.95 Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Trump-Xi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) --  Mata wang ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.90 hingga RM3.95 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pertemuan penting antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping.

Malaysia, Vietnam Komited Perkukuh Kerjasama Strategik Dalam Ekonomi Digital, AI

Daripada Niam Seet Wei

CEBU (Filipina), 8 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Vietnam komited untuk memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MISC Namakan Dua Kapal LNG Baharu, Perkukuh Kerjasama Dengan Unit ExxonMobil

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kumpulan MISC (MISC) mengumumkan penamaan dua kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) generasi baharu, Seri Dian dan Seri Dayang, sekali gus memperkukuh kerjasama jangka panjangnya dengan Seariver Maritime LLC (SRM), anak syarikat milik penuh  ExxonMobil.

Bank Pelaburan Unjur IPP Malaysia Berkembang 4.1- 4.3 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menyemak semula unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pembuatan 2026 untuk Malaysia kepada 4.3 peratus daripada 3.5 peratus sebelumnya (2025: 4.5 peratus).

MR D.I.Y. Kumpul RM540 Juta Melalui Terbitan Sukuk Sulung, IMTN Terlebih Langgan 5.6 Kali

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- MR D.I.Y. Group (M) Bhd mengumpul sejumlah RM540 juta melalui terbitan sulung di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM5.0 bilion, dengan bahagian Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) terlebih langgan sebanyak 5.6 kali.

Lestari Cooling Energy Mulakan Platform, Labur RM23 Juta Dalam Lapan Tapak KIPMall

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Usahasama KJTS Group Bhd, Lestari Cooling Energy Sdn Bhd, telah mengaktifkan platform operasinya melalui pelaburan sulungnya dalam aset operasi milik KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT).

LBS Raih Empat Anugerah Berprestij Di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pemaju hartanah LBS Bina Group Berhad (LBS) meraih empat anugerah berprestij di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026 yang meraikan pemaju hartanah dengan sumbangan signifikan terhadap pembangunan sektor itu di Malaysia.

Bank-Bank Diunjur Raih Pendapatan Kukuh, Tekanan Peminjam Terus Ketara -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor perbankan dijangka mencatat prestasi suku pertama tahun kewangan 2026 yang lebih kukuh walaupun dalam senario krisis Asia Barat manakala tekanan kos boleh mendorong kepada langkah bantuan ekonomi serta penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

IPP Meningkat 3.1 Peratus Pada Mac 2026, Dipacu Pertumbuhan Pembuatan, Output Elektrik - DOSM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026, dipacu oleh pertumbuhan 5.5 peratus dalam output sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Berkembang 5.3 Peratus Kepada RM173.1 Bilion Pada Mac 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan RM173.1 bilion pada Mac 2026, meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Catat Penurunan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunan pada tengah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lemah apabila sentimen terjejas oleh perkembangan baharu berkaitan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Pulau Pinang Kekal Enjin Ekonomi Negara, Catat Pelaburan RM63.96 Bilion Pada 2025 - TYT

GEORGE TOWN, 8 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara enjin utama pertumbuhan ekonomi negara apabila berjaya mengekalkan momentum kukuh dalam sektor pelaburan, perdagangan dan ekonomi digital sepanjang tahun lepas.