BERITA TERKINI   Peruntukan pembangunan Persekutuan untuk Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion - PM Anwar | Bantuan segera RM500,000 baik pulih SMU (A) Darul Ulum Muhammadiah, Bachok yang terbakar baru-baru ini - PM Anwar | Kerajaan MADANI lulus peruntukan RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Kelantan - PM Anwar | Penyertaan KIMMA sebagai parti komponen BN perlu dapat persetujuan parti teras lain - Ahmad Zahid | 

Terdapat 55 berita berdasarkan kata kunci carian " pengarah urusan kumpulan"

RHB Bank Perkukuh Sokongan Bagi Memantapkan Daya Tahan PKS

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- RHB Bank Bhd sedang memperkukuh sokongannya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui rangkaian menyeluruh bantuan kewangan dan penyelesaian pembiayaan secara mampan.

Tawaran Sunway Ambil Alih IJM Luput Selepas Gagal Raih Lebih 50 Peratus Saham Undian

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tawaran pengambilalihan Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd luput selepas gagal memenuhi syarat meraih lebih 50 peratus daripada saham undian, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Eversendai Catat Pemulihan Kukuh, Bida Projek RM15 Bilion

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat kejuruteraan dan struktur keluli, Eversendai Corporation Bhd mencatatkan pemulihan kukuh daripada impak pandemik COVID-19, dengan perolehan melepasi RM2 bilion buat kali pertama dan keuntungan yang utuh selain membida projek bernilai kira-kira RM15 bilion di seluruh dunia.

PR1MA Lantik Brian Iskandar Zulkarim Sebagai CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- PR1MA Corporation Malaysia melantik Brian Iskandar Zulkarim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Kinergy Meterai VPPA Tenaga Hidro Dengan Safran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga mampan Kinergy Advancement Bhd memeterai perjanjian pembelian tenaga maya korporat (VPPA) dengan Safran Landing Systems Malaysia untuk memanfaatkan aset tenaga hidro bagi menyediakan bekalan tenaga hijau yang stabil dan boleh dijadualkan.

Kinergy Advancement Dan B.Grimm Power Bekerjasama Bangun Loji Tenaga Gas Turbin

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd telah merasmikan perkongsian strategik dengan B.Grimm Power Public Co Ltd dari Thailand, yang akan melabur RM41.52 juta untuk memperoleh 49 peratus kepentingan dalam syarikat pelaburan khas Kinergy, Jati Cakerawala Sdn Bhd membabitkan cadangan pembinaan loji janakuasa turbin gas yang baharu.

SJPP Jangka 2026 Lebih Baik Bagi PMKS, Sokong Pelaburan Teknologi & Pengembangan Syarikat

PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) menjangkakan 2026 menjadi tempoh yang lebih baik untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), disokong persekitaran ekonomi yang lebih stabil serta peluasan semula sokongan pembiayaan kepada pelbagai segmen perniagaan.

Tokoh Korporat Syed Zainal Abidin Dilantik Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor

SHAH ALAM, 2 Jan (Bernama) -- Tokoh korporat Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang baharu berkuat kuasa semalam (1 Jan), selaras dengan perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hume Cement Lantik William Tan Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) --  Hume Cement Industries Bhd melantik William Tan Kok Siang sebagai pengarah urusan kumpulannya, berkuat kuasa 1 Januari, 2026.

PHB Lantik Mazuki Abdullah Sebagai Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) telah melantik Mazuki Abdullah @ Muhammad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan baharunya, berkuat kuasa 1 Januari, 2026.

EMCC Peroleh Kelulusan Empat Lesen Pajak Gadai Baharu Daripada KPKT

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Evergreen Max Cash Capital Bhd (EMCC) memperoleh kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi empat lesen pajak gadai baharu meliputi dua cawangan di Pahang serta masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Kapten Izham Rakam Penghargaan Pada Taklimat Media Terakhir, Yakin Kepimpinan Baharu MAG

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG) yang bakal bersara, Datuk Kapten Izham Ismail pada Isnin mengadakan taklimat rasmi terakhirnya bersama media, sekali gus menutup satu lembaran perjalanan lebih empat dekad beliau bersama syarikat penerbangan negara itu.