Terdapat 1228 berita berdasarkan kata kunci carian " negeri"

Inflasi Malaysia Meningkat 1.6 Peratus Pada Januari 2026 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengukuhan Ringgit Perkembangan Positif Ekonomi Dan Pelaburan Negara

GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar US disifatkan sebagai perkembangan positif ekonomi Malaysia sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat dan sektor perniagaan serta pelaburan negara.

MIDA Melalui IMFC Selesai Lebih 44,000 Kes Pelabur Dalam Tempoh Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) menyelesaikan lebih daripada 44,000 kes pelabur dengan mencapai kadar pelaksanaan projek sebanyak 99.9 peratus dalam tempoh dua tahun.

MOF-KPDN Teliti Mekanisme Susulan Pengukuhan Ringgit

BALIK PULAU, 15 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meneliti mekanisme berkaitan perkembangan harga barangan import susulan pengukuhan ringgit.

Ringgit Naik 3.9 Peratus Berbanding Dolar AS Pada Suku Keempat 2025 - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025, didorong oleh faktor luaran dan dalam negeri, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour. 

TNB, PKNS Bekerjasama Melalui TNEC Dan PFMI Bangunkan, Kendali Sistem Penyejukan Berpusat Di Shah Alam

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), melalui anak syarikat masing-masing TNB Engineering Corporation Sdn Bhd (TNEC) dan PKNS FM Integrated Sdn Bhd (PFMI), memeterai kerjasama strategik untuk membangunkan dan mengendalikan Sistem Penyejukan Berpusat di Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

LGM Sasar Pemulihan 4,137 Hektar Ladang Getah Terbiar Tahun Ini - KPK

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) menyasarkan pemulihan 4,137 hektar ladang getah terbiar pada 2026 dan seterusnya 2,750 hektar pada 2027 yang melibatkan ladang pekebun kecil serta ladang swasta di seluruh negara melalui Program Konsolidasi Ladang Getah Matang Terbiar.

Petronas Tiada Rancangan Kurangkan Pengeluaran O&G Di Sabah- Azalina

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Petronas tidak merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyak dan gas (O&G) di Sabah walaupun O&G sedunia menghadapi cabaran penurunan harga yang mendadak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Lebih 14.6 Juta Rakyat Terima Manfaat BUDI95 Setakat 11 Feb - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lebih 14.6 juta rakyat telah menikmati harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi MADANI RON95 (BUDI95) setakat 11 Februari 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

NAFAS Rekod Keuntungan Tertinggi Dua Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melakar sejarah apabila merekodkan keuntungan tertinggi selama dua tahun berturut-turut, masing-masing RM227 juta pada 2024 dan RM201 juta pada 2025, selepas berdepan kerugian besar dalam tempoh dua tahun sebelumnya.

Malaysia, UK Perkukuh Kerjasama Dalam Sistem Pengangkutan Hijau

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia dan United Kingdom akan meningkatkan kerjasama membangunkan sistem pengangkutan di Malaysia yang lebih mampan, bersepadu dan bersedia menghadapi masa hadapan.

Malaysia, UK Perkukuh Kerjasama Dalam Sistem Pengangkutan Hijau

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia dan United Kingdom akan meningkatkan kerjasama membangunkan sistem pengangkutan di Malaysia yang lebih mampan, bersepadu dan bersedia menghadapi masa hadapan.