Terdapat 94 berita berdasarkan kata kunci carian " mahb"

Lapangan Terbang Kota Bharu Kendali Lebih 562,000 Penumpang Mulai Januari-April -- MAHB

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR), Kota Bahru yang telah diperluaskan mengendalikan 562,081 pergerakan penumpang antara Januari hingga April tahun ini, mencerminkan peningkatan 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

MAHB Laksana Budaya Kerja Inklusif Bagi Hadapi Perubahan Cabaran Industri Penerbangan

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BANGKOK, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merangka semula budaya tempat kerja bagi menarik bakat muda dalam sektor penerbangan sambil mengimbangi kekuatan pekerja berpengalaman, ketika lapangan di seluruh dunia mengalami perubahan pesat susulan pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).

MAHB Anjur Perhimpunan Serantau ACI Asia Pasifik Dan Asia Barat 2027 Di Kuala Lumpur

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BANGKOK, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menganjurkan Perhimpunan, Persidangan dan Pameran Serantau Asia Pasifik & Asia Barat (RACE) Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) 2027 di Kuala Lumpur.

Cabaran Penerbangan Global Tuntut Ketangkasan, Kerjasama Lebih Kukuh - MAHB

BANGKOK, 13 Mei (Bernama) -- Pengendali lapangan terbang perlu lebih tangkas, fleksibel dan memperkukuh kerjasama bagi mendepani ketidaktentuan yang semakin meningkat termasuk ketegangan geopolitik, gangguan operasi serta perubahan jangkaan penumpang dalam industri penerbangan global.

PDC, MAHB Lulus Tubuh Syarikat Usahasama Laksana Projek PILA

GEORGE TOWN, 5 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meluluskan penubuhan Syarikat Usahasama PILA Sdn Bhd bagi melaksanakan projek Penang International Logistics Aeropark (PILA).

MAHB Catat 8.9 Juta Pergerakan Penumpang Pada Februari 2026

SEPANG, 19 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports (MAHB) mencatatkan 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026, menjadikan jumlah terkumpul setakat tahun ini kepada 18.3 juta penumpang untuk dua bulan pertama tahun ini.

MAHB Keluar Nasihat Perjalanan Susulan Sekatan Udara Beberapa Laluan Timur Tengah

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada Sabtu mengeluarkan nasihat perjalanan untuk penumpang bagi perjalanan ke, dari atau transit menerusi beberapa lokasi Timur Tengah susulan perkembangan ketegangan di rantau itu.

Aerotrain KLIA: MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta Kepada IJMC-Pestech JV

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenakan penalti Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) sebanyak RM9.1 juta terhadap kontraktor, ALSTOM IJM Construction Sdn Bhd dan Pestech Technology Sdn Bhd (IJMC-Pestech Joint Venture).

PR1MA Lantik Brian Iskandar Zulkarim Sebagai CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- PR1MA Corporation Malaysia melantik Brian Iskandar Zulkarim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Khazanah Catat Prestasi Berdaya Tahan Pada 2025 Di Sebalik Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd melaporkan prestasi berdaya tahan bagi tahun berakhir 31 Dis 2025, dengan aset bersih sebanyak RM105 bilion dan mencatatkan pulangan 5.2 peratus bagi tahun kewangan 2025, disokong oleh pengurusan portfolio yang berdisiplin dan pewujudan nilai jangka panjang.

Penilai Bebas Sahkan Sistem Aerotren KLIA Berfungsi Ikut Perancangan 

SEPANG, 2 Feb (Bernama) -- Penilai bebas sistem tren mengesahkan aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi mengikut perancangan, dan gangguan perkhidmatan semasa fasa awal pengoperasian lazim berlaku untuk sistem yang kompleks.

Trafik Penumpang MAHB 2025 Cecah 153.3 Juta Seiring Permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pergerakan penumpang di seluruh rangkaian global Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencecah 153.3 juta pada 2025, mencerminkan momentum positif seiring bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2026.