14jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan kadar faedah, memberikan sokongan kepada mata wang AS itu.
16jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Konflik yang berterusan di Asia Barat, jika berlarutan, boleh menyebabkan gangguan struktur yang teruk dalam pasaran baja Malaysia, menurut Persatuan Industri Baja Malaysia (FIAM).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd melonjak kepada RM30.76 juta pada suku kedua berakhir 28 Feb 2026 berbanding RM30.28 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Pengenalan pindaan utama kepada amalan pembiayaan sewa beli di bawah Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 (HPAA) adalah langkah penting untuk meningkatkan perlindungan kepada peminjam terutama bagi mereka yang ingin menjual kenderaan sebelum kontrak pembiayaan matang.
2hari ago
KUALA LUMPUR,17 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh pelaksanaan aktif agenda Pembeli Getah Utama sejak awal Januari 2026, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah membeli dan mengumpul 1,197.77 tan getah dengan nilai belian terkumpul RM3.79 juta setakat Februari.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia stabil pada separuh kedua 2025 berikutan kelemahan awal, dengan peningkatan beransur-ansur dijangka pada separuh pertama 2026, kata Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor domestik Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun pasaran tidak menentu dalam masa terdekat, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Penggubal dasar berkemungkinan menilai keadaan terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar faedah bagi mengekang inflasi yang berpunca daripada kesan konflik di Asia Barat serta lonjakan harga minyak, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
5hari ago
KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Sabah sedang memantau kesan konflik global terhadap sistem rantaian bekalan barangan serta implikasinya kepada pengguna di negeri itu menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET).
6hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan bercampur-campur pada Jumaat susulan penurunan pasaran serantau dan penyusutan jualan kenderaan elektrik (EV) global, kata peniaga.
6hari ago
PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) -- Konflik geopolitik global dijangka memberi kesan sederhana terhadap sektor pembangunan hartanah dan pembinaan Malaysia pada 2026, menurut tinjauan awal Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda).