10jam ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25), dialog yang paling penting di rantau ini mengenai masa depan tenaga ASEAN.
16jam ago
KUALA LUMPUR, Oct 13 (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pada 16 hingga 17 Okt 2025 di sini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) menyifatkan cukai karbon yang diperkenalkan kerajaan melalui Belanjawan 2026 sebagai pemacu utama bagi mempercepat penyahkarbonan, khususnya menerusi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).
12hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2025 yang akan datang bakal menyaksikan pelancaran Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) 2026–2030, iaitu pelan tindakan strategik untuk memandu dasar-dasar tenaga serantau.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, seiring dengan penurunan di Wall Street berikutan kebimbangan mengenai penilaian mengatasi data ekonomi yang kukuh walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi dalam tempoh dua tahun.
18hari ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Keputusan berkemungkinan menubuhkan Sekretariat khusus oleh Menteri-Menteri Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menekankan kepentingan peranan kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam dinamik perdagangan global.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Projek Integrasi Tenaga (PIP) Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) dan cadangan grid Semenanjung dan Borneo akan menjadi model bagi usaha ASEAN ke arah rangkaian tenaga serantau yang bersambung sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia berminat untuk belajar daripada pengalaman Kesatuan Eropah (EU) dalam mewujudkan grid tenaga seiring dengan langkah ASEAN meningkatkan usaha untuk merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25) akan diadakan dari 15 hingga 17 Okt 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- ASEAN tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada model pelaburan langsung asing (FDI), sebaliknya perlu memperkukuh pelaburan dalam syarikat teknologi tempatan demi menjamin masa depan ekonomi serantau.
1bulan ago
OSAKA, 10 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 di samping menekankan peranannya dalam memajukan integrasi tenaga ASEAN ketika berlangsungnya Minggu Tenaga di Pavilion Malaysia pada acara dunia, Expo 2025 Osaka, di sini.
1bulan ago
KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak baru-baru ini menandakan titik perubahan besar untuk sektor tenaga negeri, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi.