1jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya pada Jumaat dalam situasi trend pasaran serantau bercampur-campur dan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) sedang giat mengadakan rundingan dengan beberapa negara semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) bagi mendorong kemajuan selanjutnya mengenai tarif timbal balik AS.
14jam ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- China menegaskan pendiriannya membantah sebarang tarif yang dianggap tidak berasas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
16jam ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ringgit melantun semula untuk ditutup lebih tinggi hari ini apabila dolar AS menyusut di tengah-tengah peningkatan ketegangan perdagangan susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas lebih banyak negara, kata seorang penganalisis.
20jam ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Malaysia perlu terus mengukuhkan hubungan perdagangan intra-ASEAN dan melibatkan diri dalam perkongsian pelbagai hala, kerana pendekatan ini akan mengurangkan pergantungan kepada mana-mana negara tunggal.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia kekal berdaya saing berbanding kalangan negara anggota ASEAN meskipun berpotensi dikenakan tarif tambahan 10 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara yang dilihat sejajar dengan BRICS, kata MIDF Amanah Investment Bank.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia akan terus berpendirian tegas dalam perkara penting berkaitan kepentingan dan kedaulatan negara ketika rundingan mengenai tarif yang diadakan dengan Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai masa untuk berunding bagi mendapatkan terma dagangan yang lebih baik susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pelaksanaan tarif kepada 1 Ogos, 2025, berbanding tarikh asal pada 9 Julai, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
2hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan sentimen berhati-hati pelabur menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia hari ini ketika ahli ekonomi tidak senada mengenai prospek penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata penganalisis.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas susulan peningkatan ketidaktentuan dasar global.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa menjejaki prestasi lemah di Wall Street dalam tempoh semalaman, berikutan pengenaan tarif sebanyak 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas 14 negara termasuk Malaysia, bermula 1 Ogos, 2025.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas sebarang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.