6jam ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa bulan akan datang, kata peniaga.
8jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki penurunan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS).
8jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, dipengaruhi kenaikan semula dolar selepas pasaran global beralih dengan pelabur mengambil pendirian yang lebih defensif
9jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, meneruskan penyusutan sederhana berikutan sentimen global yang negatif menjejaskan minat pelabur terhadap risiko, kata ahli ekonomi.
10jam ago
KULIM, 5 Feb (Bernama) -- Pembukaan kilang milik sebuah syarikat dari Jepun yang menghasilkan kanta sentuh pakai buang harian, di negara ini memperkuatkan lagi hubungan strategik dua hala antara Malaysia-Jepun.
13jam ago
SINGAPURA, 5 Feb (Bernama) -- SGX Group (Singapore Exchange) hari ini, mencatatkan keputusan separuh tahun yang paling kukuh, dengan keuntungan bersih melonjak sebanyak 11.6 peratus kepada S$357.1 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2026 berakhir 31 Dis 2025 berbanding S$320.1 juta (S$1 = RM3.09) yang dicatatkan dalam tempoh yang sama sebelumnya.
15jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunannya pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter-kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, kesihatan, serta utiliti.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah hari ini.
18jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung sederhana serta isyarat bercampur-campur daripada Wall Street semalaman.
1hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu, disokong oleh jangkaan inventori yang rendah dan permintaan eksport yang kukuh, kata peniaga.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu menjejaki kenaikan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex), didorong pembelian semasa harga rendah selepas jualan ketara minggu lepas.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu tetapi kekal stabil, disokong oleh petunjuk perniagaan yang lebih baik di seluruh Asia, termasuk Malaysia.