BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor 2-0 Cong An Hanoi FC | 

Terdapat 10807 berita berdasarkan kata kunci carian " bernama"

ART Tidak Ubah Hala Tuju Dasar Nuklear Negara - PETRA

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tidak mengubah hala tuju dasar nuklear negara, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Kerajaan Komited Pastikan Penyasaran Subsidi Tidak Bebankan Rakyat

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kerajaan komited  memastikan penyasaran subsidi tidak membebankan rakyat sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan peruntukan bantuan yang bersasar kepada rakyat dalam usaha mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih terangkum.

LHDN Rangka Strategi Lebih Adil Agih Bayaran Balik Cukai, Utamakan PMKS

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merangka strategi yang lebih adil dan saksama bagi memastikan peruntukan bayaran balik yang disediakan oleh kerajaan dapat diagihkan secara teratur, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Usaha Perkukuh PMKS Mampu Tingkat Kerjasama Rentas Etnik Dalam Ekosistem Perniagaan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kerajaan percaya usaha memperkukuh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) akan dapat memastikan kerjasama merentas etnik yang terlibat dalam sesuatu ekosistem atau rantaian nilai dimanfaatkan secara maksimum.

Projek Perlombongan Malaysia-Perancis Maju Ke Hadapan, Sasar Pengembangan Hiliran

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Projek perlombongan Malaysia-Perancis di antara Malaco Mining Sdn Bhd dengan pakar penapisan dan kitar semula nadir bumi Perancis, Carester memasuki fasa kilang perintis untuk perlombongan dan penapisan.

Adex Media Dijangka Menguncup Lebih Sederhana Pada 2026 - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan penguncupan yang lebih sederhana dalam perbelanjaan pengiklanan media (adex) tahun ini, disokong oleh kesan asas yang rendah dan peningkatan aktiviti pemasaran bersempena acara-acara sukan utama.

Proton Sasar Jual Sehingga 200,000 Unit Kenderaan Pada 2026

SHAH ALAM, 28 Jan (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) menyasarkan jualan sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026, didorong oleh pelan hala tuju teknologi masa depannya yang komprehensif. 

Tumpuan Global Terhadap Kewangan Mampan Seiring Pertumbuhan Pusat Data - Moody's

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Tumpuan global terhadap kewangan mampan dijangka kekal kukuh tahun ini, didorong pertumbuhan pesat pusat data, menurut Moody’s Ratings.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas ia menjejaki keuntungan dalam minyak kacang soya.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Comex AS, Permintaan Berterusan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York Amerika Syarikat (Comex AS) berikutan permintaan berterusan terhadap logam berharga itu sebagai lindung nilai daripada risiko geopolitik dan kewangan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan lima hari berturut-turut dengan ditutup rendah pada Rabu, berikutan pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan terkumpul 4.25 peratus sepanjang lima sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.

Ringgit Terus Melonjak, Ditutup Pada Paras 3.9175 Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar AS pada Rabu apabila sentimen risiko yang bertambah baik dan penurunan dolar AS terus menyokong mata wang tempatan itu.