Terdapat 330 berita berdasarkan kata kunci carian " aliran masuk"

Ringgit Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Asia, Dipacu Aliran Masuk Pelaburan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit kekal menjadi antara mata wang berprestasi terbaik di Asia tahun ini, dipacu aliran masuk pelaburan yang besar serta kekukuhan asas ekonomi Malaysia walaupun menghadapi ketidaktentuan global yang meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Institusi Tempatan, Pelabur Runcit Teruskan Belian bersih Di Bursa Malaysia 

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan dan pelabur runcit terus mencatatkan belian bersih di Bursa Malaysia minggu lepas, dengan institusi merekodkan aliran masuk bersih untuk minggu keenam berturut-turut manakala peruncit untuk minggu ketiga berturut-turut, masing-masing berjumlah RM2.12 bilion dan RM410.6 juta.

Kredit Kepada Sektor Swasta Bukan Kewangan Berkembang 5.8 Peratus Pada April 2026 - BNM

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan berkembang sebanyak 5.8 peratus pada April 2026 daripada 5.6 peratus pada Mac 2026 dipacu oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman perniagaan terkumpul dan bon korporat terkumpul, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Aset Rizab Rasmi Malaysia Kekal Pada US$129.73 Bilion Sehingga Akhir April 2026

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$129.73 bilion pada akhir Mac 2026, berbanding US$126.61 bilion pada akhir Mac 2026.

Perdagangan Malaysia Dengan Rakan Dagang Utama Catat Paras Tertinggi RM1.127 Trilion Bagi Jan-April - Sim

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia dengan rakan dagang utamanya mencapai rekod tertinggi sebanyak RM1.127 trilion dari Januari hingga April 2026, melepasi paras RM1 trilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Institusi Tempatan Teruskan Belian Bersih Enam Minggu Berturut-turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan trend belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih berjumlah RM572.9 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Dagangan Bursa Malaysia Dijangka Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan yang cenderung mencatat peningkatan kecil pada minggu depan susulan penyusutan baru-baru ini ketika aktiviti belian saham berharga rendah serta peningkatan sentimen pelabur menyokong saham wajaran tinggi terpilih.

Ledakan Capex AI Berpotensi Dorong Pertumbuhan Ekonomi Malaysia - BMI

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Ledakan perbelanjaan modal (capex) di peringkat global yang berterusan, dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) berpotensi mengukuhkan kedudukan perdagangan Malaysia dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi berbanding jangkaan, menurut firma penyelidikan BMI.

Institusi Tempatan Teruskan Pembelian Bagi Minggu Kelima Berturut-turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM233.2 juta pada minggu lepas di tengah-tengah penjualan asing yang berterusan di seluruh pasaran ekuiti serantau.

Tumpuan Kerajaan Kepada Reformasi Perkukuh Momentum Pertumbuhan Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Tumpuan kerajaan terhadap reformasi Ekonomi MADANI yang berteraskan dasar mesra pertumbuhan, program berpaksikan rakyat serta pengurusan fiskal  yang bertanggungjawab, terus memperkukuh momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Disokong Prospek Ekonomi Malaysia Teguh, Momentum Pembaharuan -- BNM

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia yang teguh serta momentum pembaharuan berterusan dijangka terus menyokong ringgit manakala faktor luaran akan terus mempengaruhi pergerakan kadar pertukaran asing, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).