1jam ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, menjejaki kejatuhan dalam harga minyak mentah dan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
2jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd melantik Mak Joon Nien sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasaran Pertumbuhan dan CIMB Singapura.
2jam ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) keenam berturut-turut mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap daya tahan ekonomi domestik Malaysia meskipun terdapat ketidakpastian global semakin memuncak, kata ahli ekonomi.
2jam ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 7 Mei (Bernama) -- Pengembangan melangkaui sempadan domestik sering kali datang dengan cabaran bagi kebanyakan syarikat baharu Malaysia, antaranya ialah rangkaian serantau yang terhad, peraturan tidak difahami dan kesukaran untuk mengakses pelabur di luar Malaysia.
2jam ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 7 Mei (Bernama) -- Malaysia tidak melakukan sebarang jualan minyak ke negara-negara anggota ASEAN kerana masih perlu mengimport kira-kira 400,000 tong minyak mentah sehari, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
2jam ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 7 Mei (Bernama) -- Singapura giat bekerjasama dengan kalangan negara ASEAN lain untuk memperkasakan rantau ini dengan rantaian bekalan yang berdaya tahan, di samping mengembangkan ekonomi digital dan hijau, kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong.
3jam ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina) 7 Mei (Bernama) -- ASEAN mungkin mempertimbangkan untuk melibatkan sektor swasta bagi membantu merealisasikan rangka kerja simpanan stok minyak yang baru dicadangkan bertujuan memperkukuh keselamatan tenaga dan kesiapsiagaan rantau ini dalam tempoh jangka panjang.
3jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan, ditutup lebih tinggi pada Khamis, apabila sentimen pasaran mengukuh susulan penurunan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan dolar AS yang lebih lemah.
3jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM105.8 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2026 daripada RM90.4 juta yang disaksikan dalam suku yang sama tahun lepas.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif di pasaran tunai.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentumnya apabila ditutup mengukuh berbanding mata wang utama dan kebanyakan unit serantau pada akhir urus niaga Khamis selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.
4jam ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Khamis, dipacu oleh pembelian berterusan ke atas saham perbankan wajaran tinggi selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.