BERITA TERKINI   Sum Technology mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia dibuka pada 40 sen, premium 12 sen berbanding harga IPO sebanyak 28 sen, dengan 36.59 juta saham diniagakan | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Rabu, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. 

Pada 9.33 pagi, kontrak Jun 2026 menurun empat mata kepada 1,674.0, Julai 2026 berkurangan 3.5 mata kepada 1,676.0 serta September 2026 dan Disember 2026, masing-masing merosot 5.5 mata kepada 1,657 dan 1,661.5.   

Jumlah dagangan sebanyak 1,827 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 29,296 kontrak.

Pada 9.55 pagi, petunjuk pasaran menurun 2.23 mata kepada 1,676.73 daripada 1,678.96 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA