BERITA TERKINI   MPRC wajar bertindak sebagai agensi peneraju sektor OGSE - Akmal Nasrullah | Harga arang batu meningkat 8.2 peratus kepada US$142.62 satu tan bagi tempoh 1 hingga 3 Jun - Akmal Nasrullah | Malaysia dan Turkmenistan dijangka menandatangani kerjasama hidrokarbon jangka panjang pada 19 Jun bagi memperkukuh rantaian bekalan tenaga - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Kerajaan perkukuh stok penimbal, percepat akses ubat-ubatan kritikal jika diperlukan - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Tenaga buruh meningkat kepada 17.33 juta orang, kadar penyertaan kekal kukuh pada 70.9 peratus pada April - Akmal Nasrullah | 

Maybank Indonesia Tidak Disiasat Pihak Berkuasa

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) berkata anak syarikatnya di Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan melibatkan pelanggan korporat tertentu dan kumpulan itu mahupun anak syarikatnya bukan di bawah siasatan.

Kakitangan dari Maybank Indonesia telah diminta untuk memberikan maklumat sebagai saksi untuk membantu pihak berkuasa.

"Sebagai sebuah institusi kewangan yang dikawal selia, Maybank kekal komited untuk mengekalkan standard tertinggi tadbir urus, pematuhan dan integriti merentas semua operasinya.

"Kumpulan itu juga kekal komited untuk memenuhi tanggungjawab undang-undang dan kawal selianya dalam bidang kuasa yang mana ia beroperasi," katanya melalui satu kenyataan.

Memandangkan bank itu berpegang pada obligasi kerahsiaan pelanggan dan keperluan kawal selia, Maybank tidak dapat mengulas lanjut ke atas siasatan yang masih berjalan.

-- BERNAMA