BERITA TERKINI   MPRC wajar bertindak sebagai agensi peneraju sektor OGSE - Akmal Nasrullah | Harga arang batu meningkat 8.2 peratus kepada US$142.62 satu tan bagi tempoh 1 hingga 3 Jun - Akmal Nasrullah | Malaysia dan Turkmenistan dijangka menandatangani kerjasama hidrokarbon jangka panjang pada 19 Jun bagi memperkukuh rantaian bekalan tenaga - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Kerajaan perkukuh stok penimbal, percepat akses ubat-ubatan kritikal jika diperlukan - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Tenaga buruh meningkat kepada 17.33 juta orang, kadar penyertaan kekal kukuh pada 70.9 peratus pada April - Akmal Nasrullah | 

GWM Malaysia Perkukuh Barisan Kepimpinan Bagi Percepat Pengembangan, Komitmen Pembuatan

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- GWM Malaysia Sdn Bhd mengumumkan beberapa pelantikan kepimpinan strategik sebagai sebahagian usaha untuk memperkukuh komitmen jangka masa panjang terhadap pasaran Malaysia di samping menyokong fasa pengembangan perniagaan seterusnya, usaha penyetempatan dan peningkatan pembuatan.

Menurut GWM pelantikan strategik itu melibatkan Stan Li Hao sebagai Pengarah Urusan Operasi Komersial dan Cui Anqi sebagai Pengarah Urusan Hal Ehwal Korporat.

“Berdasarkan pengalaman lebih 12 tahun dalam industri automotif di seluruh ASEAN, Stan Li Hao membawa kepakaran luas dalam pembangunan pasaran, pertumbuhan strategik dan pengembangan jenama serantau.

“Sementara itu, Cui Anqi pula telah menjadi sebahagian daripada usaha GWM sejak fasa awal penubuhannya, dengan sumbangan besar kepada usaha penyetempatan, pembangunan pembuatan dan pertumbuhan operasi di Malaysia,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Struktur kepimpinan yang kukuh itu turut disokong oleh Roslan Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang berpengalaman luas dalam kepimpinan automotif melibatkan pelbagai jenama automotif yang kukuh, tambah GWM.

Syarikat itu memaklumkan beliau akan terus melaksanakan peranan penting dalam memacu hala tuju strategik jangka masa panjang dan pertumbuhan perniagaan GWM.

“Barisan pengurusan yang diperkukuh ini mencerminkan komitmen jangka masa panjang GWM yang serius terhadap Malaysia, sekali gus mengutamakan lagi aspirasi syarikat untuk mempercepat pengembangan perniagaan, mengukuhkan inisiatif penyetempatan, melonjakkan keupayaan pembuatan serta melonjakkan lagi jenama GWM dalam pasaran,” tambahnya.

Pelantikan itu juga menekankan tumpuan berterusan GWM kepada pembangunan ekosistem tempatan yang lebih kukuh, di samping memacu kedudukan GWM sebagai jenama mobiliti dipacu teknologi untuk pengguna Malaysia.

Sebagai antara pembuat mobiliti pintar dan automotif terkemuka dunia, GWM terus memperkukuh kehadiran di seluruh pasaran global menerusi portfolio kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dan kenderaan tenaga baharu melalui jenama Haval, Tank, Ora dan Wey.

GWM menjelaskan di Malaysia, pihaknya terus mempercepat aspirasi pertumbuhan dengan menumpukan kepada teknologi, penyetempatan, pengalaman pelanggan dan pembangunan pasaran jangka masa panjang.

-- BERNAMA