BERITA TERKINI   Kekangan logistik, keperluan latihan faktor utama PRN Johor dan Negeri Sembilan tidak diadakan serentak - SPR | PRN Johor: Seramai 2,727,926 individu layak mengundi - SPR | PRN Negeri Sembilan: Seramai 889,490 individu layak mengundi - SPR | PRN Negeri Sembilan diadakan pada 1 Ogos, penamaan 18 Julai - SPR | 216 penggiat industri kreatif terima sumbangan berjumlah RM164,256 menerusi program Ziarah Seni MADANI FINAS sejak 2023 - Teo | 

HRX Lancar Penyelesaian Khusus Bagi PKS Mudahkan Urusan Penggajian, Tenaga Kerja

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- HRX di bawah IFCA MSC Bhd melancarkan inisiatif baharu yang menumpukan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu majikan di Malaysia mengurus gaji dengan tepat, obligasi berkanun, tenaga kerja beroperasi lebih mudah dan mematuhi peraturan.

Disokong oleh kepakaran perisian perusahaan selama 39 tahun oleh IFCA MSC dan pengalaman lebih sedekad dalam menyampaikan penyelesaian sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) bertaraf perusahaan, syarikat itu kini memperluas keupayaan sumber manusia (HR), penggajian dan pematuhan yang telah terbukti kepada PKS.

Naib Presiden HRX di IFCA MSC Eugene Teoh berkata majikan di Malaysia kini dituntut untuk beroperasi dengan ketepatan yang lebih tinggi, bertindak lebih pantas dan ruang yang terhad untuk melakukan sebarang kesilapan.

"Apa yang diperlukan oleh perniagaan ketika ini bukanlah sekadar menambah perisian demi perisian, sebaliknya sistem yang dapat mengurangkan tekanan kerja manual, memperkukuh keyakinan pematuhan dan seiring dengan pertumbuhan organisasi. Itulah hala tuju yang terus dibangunkan oleh HRX," katanya.

Bagi kebanyakan perniagaan, terutamanya yang tidak mempunyai pasukan HR atau penggajian dalaman yang besar, ia menyatakan cabarannya bukan lagi sekadar memproses penggajian, sebaliknya adalah untuk memastikan penggajian itu tepat, patuh, menepati masa dan boleh berkembang seiring dengan pertumbuhan organisasi.

"Sering kali majikan memilih sistem bersandarkan harga atau penampilan yang memudahkan penggunaan semata-mata, akhirnya terpaksa berdepan masalah yang lebih besar di kemudian hari apabila tuntutan pematuhan meningkat, operasi menjadi lebih rumit atau sistem berkenaan tidak lagi mampu menampung pertumbuhan.

"Sehubungan itu, HRX sedang memajukan pendekatan yang mengutamakan pematuhan, dibina berasaskan asas HRMS perusahaan IFCA," katanya dalam satu kenyataan.

IFCA MSC memaklumkan hala tuju baharu yang berfokuskan PKS itu memperkenalkan edisi Asas, Standard dan Premium yang lebih jelas, membolehkan perniagaan bermula dengan penggajian penting dan pematuhan statutori sebelum beralih ke peringkat lebih maju seperti pengurusan cuti, tuntutan, kehadiran, analitik, integrasi lejar am dan penyesuaian aliran kerja.

Sebagai sebahagian daripada fasa seterusnya, syarikat perisian itu berkata HRX turut mengadakan prapelancaran HRX Talent Intelligence Suite, iaitu bantuan yang diupayakan dengan kecerdasan buatan (AI) dengan memfokuskan kepada pemilihan dan senarai pendek pengambilan pekerja.

Syarikat itu menyatakan pakej perisian itu direka untuk membantu majikan membuat keputusan dalam pengambilan pekerja dengan lebih pantas dan yakin, di samping mengurangkan kerja manual yang biasanya terlibat dalam proses saringan calon.

“Fasa kedua yang disasarkan pada suku ketiga 2026, akan memberi tumpuan kepada penggajian dan pengesahan tuntutan melalui HRX Compliance Intelligence Suite.

“Pakej perisian yang akan datang itu dijangka menyokong pengesanan anomali, semakan pematuhan dan pengesahan aliran kerja, sekali gus membantu pasukan HR dan kewangan memperkukuh ketepatan pematuhan berkanun, mengurangkan risiko pemprosesan serta memperoleh keterlihatan yang lebih jelas dalam operasi penggajian bulanan,” tambahnya.

-- BERNAMA