Suruhanjaya Tenaga Sasar Pelancaran Sandbox Kawal Selua Tenaga Pada 2027
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (EC) sedang dalam proses mengkaji pelaksanaan sandbox kawal selia untuk sektor tenaga.
Ia berhasrat untuk melaksanakan sandbox kawal selia menjelang 2027 sebagai sebahagian daripada usaha menyokong liberalisasi pasaran sambil menjaga keselamatan tenaga dan kestabilan sistem.
Sebuah unit khusus telah ditubuhkan untuk mengawasi pembangunan rangka kerja sandbox kawal selia, yang dijangka memudahkan pengujian teknologi baharu, model perniagaan dan penyelesaian inovatif dalam persekitaran terkawal, menurut seorang pegawai EC yang tidak mahu dikenali.
Beliau berkata inisiatif itu akan membolehkan EC menilai projek sandbox daripada perspektif rangka kerja pengawalseliaan dan dasar, memastikan projek yang sesuai dapat dilaksanakan serta ditingkatkan secara berkesan berdasarkan satu set kriteria yang sedang dibangunkan dan dikaji oleh suruhanjaya itu.
Beliau berkata demikian pada perbincangan panel mengenai “Kejelasan Peraturan dan Peralihan Tenaga: Membolehkan Pertumbuhan Perindustrian di ASEAN dan Jepun” semasa Forum Perundangan dan Perniagaan Malaysia-Jepun 2026 yang diadakan di sini hari ini.
Forum itu dianjurkan oleh RDS Partnership, sebuah firma guaman Malaysia dan Anderson Mori and Tomotsune, salah satu firma perlhidmatan guaman terbesar di Jepun.
-- BERNAMA