BERITA TERKINI   Calon BN bagi PRN Johor akan dimuktamadkan dalam masa terdekat – Ahmad Zahid | Enam termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan di Sungai Petani, Kedah petang ini - Bomba | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Dengan Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, seiring prestasi di pasaran tunai.

Pada penutupan dagangan, kontrak Jun 2026 dan Julai 2026 naik 20.5 mata masing-masing kepada 1,683.0 dan 1,684.5, manakala September 2026 meningkat 22 mata kepada 1,665.5 dan Disember 2026 menokok 19.5 mata kepada 1,666.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 11,867 lot berbanding 17,811 lot semalam manakala kepentingan terbuka susut kepada 40,544 kontrak daripada 47,378 sebelum ini.

Pada jam 5 petang, FBM KLCI melonjak 10.52 mata kepada 1,683.26 daripada 1,672.74 ketika ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA