Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis, seiring prestasi pasaran tunai pendasar.
Pada 10.20 pagi, kontrak Jun 2026 meningkat 17.0 mata kepada 1,679.5, Julai 2026 naik 17.5 mata kepada 1,681.5, September 2026 menambah 19.0 mata kepada 1,662.5 dan Disember 2026 meningkat 10.0 mata kepada 1,657.0.
Jumlah dagangan sebanyak 4,272 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,783 kontrak.
Pada 10.30 pagi, Indeks FBM KLCI naik 10.48 mata kepada 1,683.22 berbanding 1,672.74 ketika ditutup pada Rabu.
-- BERNAMA