Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini seiring prestasi pasaran tunai pendasar.
Pada 10.15 pagi, kontrak Jun 2026 meningkat 19.5 mata kepada 1,699.5, Julai 2026 naik 21.5 mata kepada 1,701.5, September 2026 menokok 18.0 mata kepada 1,680.0 dan Disember 2026 menambah 11.5 mata kepada 1,676.0.
Jumlah dagangan sebanyak 5,496 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,793 kontrak.
Pada 10.22 pagi, indeks FBM KLCI naik 7.37 mata kepada 1,690.44 berbanding 1,683.07 ketika ditutup pada Jumaat.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Isnin (1 Jun) dan Selasa (2 Jun), masing-masing sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong dan cuti gantian Hari Wesak.
-- BERNAMA