Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis, sejajar prestasi pasaran tunai pendasar.
Pada 9.30 pagi, kontrak Mei 2026 susut 15.5 mata kepada 1,691.50, Jun 2026 turun 14.5 mata kepada 1,690, September 2026 merosot 14 mata kepada 1,672.50 dan Disember 2026 berkurangan 12 mata kepada 1,673.
Jumlah dagangan sebanyak 8,913 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 54,838 kontrak.
Pada 9.48 pagi, indeks FBM KLCI turun 5.73 mata kepada 1,693.29 berbanding paras 1,699.02 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA