Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran tunai yang lemah.
Kontrak Mei 2026 menurun 2.5 mata kepada 1,716.50, Jun 2026 dan September 2026, masing-masing merosot 1.5 mata kepada 1,715.0 dan 1,696.0 serta Disember 2026 berkurangan 1.0 mata kepada 1,697.50.
Jumlah dagangan melonjak kepada 46,855 lot daripada 13,089 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 77,678 kontrak daripada 43,086 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI menurun 4.17 mata kepada 1,708.50 daripada 1,712.67 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA