Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.

Mei 2026, Jun 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 12.5 mata kepada 1,730.0, 1,729.0 dan 1,712.0, manakala September 2026 turun 13.0 mata kepada 1,710.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,752 lot daripada 5,592 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 36,031 kontrak daripada 36,232 kontrak.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.51 mata atau 0.72 peratus kepada 1,727.71 daripada 1,740.22 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA