BERITA TERKINI   Kekangan logistik, keperluan latihan faktor utama PRN Johor dan Negeri Sembilan tidak diadakan serentak - SPR | PRN Johor: Seramai 2,727,926 individu layak mengundi - SPR | PRN Negeri Sembilan: Seramai 889,490 individu layak mengundi - SPR | PRN Negeri Sembilan diadakan pada 1 Ogos, penamaan 18 Julai - SPR | 216 penggiat industri kreatif terima sumbangan berjumlah RM164,256 menerusi program Ziarah Seni MADANI FINAS sejak 2023 - Teo | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.

Pada 9.25 pagi, kontrak Mei 2026 menurun 11.5 mata kepada 1,741.5, Jun 2026 merosot 11.0 mata kepada 1,741.0, September 2026 berkurangan 8.5 mata kepada 1,724.0 dan Disember 2026 menyusut 10.0 mata kepada 1,724.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,822 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,564 kontrak.

Pada 9.42 pagi, FBM KLCI menurun 6.62 mata kepada 1,738.96 daripada 1,745.58 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA