BERITA TERKINI   Piala Thomas: Jepun 1 Malaysia 0: Kodai Naraoka tewaskan Leong Jun Hao 21-11, 21-15 | Piala Uber: Malaysia akan berdepan juara bertahan China di peringkat suku akhir | Pelarasan perbelanjaan akan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi - MOF | Panduan dikeluarkan kepada kementerian, agensi untuk susun semula keutamaan perbelanjaan mengurus, selaras cabaran krisis bekalan global, peningkatan tanggungan subsidi - MOF | KPT kenal pasti lapan pelajar terjejas kebakaran di Sandakan untuk disalurkan bantuan - Zambry | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives hari ini, berbanding prestasi pasaran tunai.

Pada 9.55 pagi, kontrak April 2026 susut empat mata kepada 1,722.0, manakala kontrak Mei 2026 dan Jun 2026 masing-masing turun 4.5 mata kepada 1,721.5 dan 1,720.0. Kontrak September 2026 pula merosot 2.5 mata kepada 1,703.5.

Jumlah dagangan berjumlah 7,149 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 57,266 kontrak.

Selepas sejam pertama dagangan, FBM KLCI susut 5.93 mata kepada 1,723.67 berbanding paras 1,729.60 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA