Niada Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Kembimbangan Rundingan Damai AS-Iran

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa, menjejaki prestasi COMEX Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah ketika pasaran mempertimbangkan prospek rundingan damai AS-Iran selepas ketegangan berlaku pada hujung minggu lalu.

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan April susut kepada US$4,799.60 setiap auns troy daripada US$4,810.10 ketika ditutup sebelum ini, manakala Mei 2026 susut kepada US$4,819.60 setiap auns troy daripada US$4,830.10 sebelumnya.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 kesemuanya pada US$4,837.50 setiap auns troy berbanding US$4,848.60 sebelum itu.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada sembilan lot daripada enam lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 61 kontrak daripada 60 sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,813.55 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 20 April, 2026. 

-- BERNAMA