BERITA TERKINI   MB Johor nafi desas-desus pembubaran DUN berlaku hari ini | Wartawan perlu dibenarkan bekerja secara profesional dengan pendekatan lebih berhemah oleh pihak berkuasa - Teo Nie Ching | Pihak berkuasa harus mengutamakan dialog berbanding penahanan dan menyelesaikan pertikaian melalui Majlis Media Malaysia untuk menambah baik perundangan kewartawanan -Teo Nie Ching | Forum Media HAWANA penting, memberi ruang untuk mencorakkan masa depan kewartawanan - Teo Nie Ching | Tabung Kasih@HAWANA beri manfaat kepada 728 pengamal media, jumlah sumbangan sebanyak RM1.94 juta setakat 30 April 2026 - Teo Nie Ching | 

AZEC : Malaysia Komited Perkukuh Kerjasama Serantau Bagi Kestabilan Bekalan Tenaga -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau menerusi Asia Zero Emission Community (AZEC) atau Pemimpin-Pemimpin Komuniti Pelepasan Sifar Asia bagi memastikan bekalan tenaga stabil, mencukupi serta berdaya tahan.

Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan terkini di Asia Barat, terutama membabitkan Selat Hormuz hanya mengingatkan bahawa kestabilan bekalan tenaga amat penting bagi memastikan ekonomi kekal berdaya tahan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Sebagai negara pengeluar tenaga, termasuk gas asli cecair (LNG), Malaysia akan terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong keselamatan tenaga serantau, di samping mempelbagaikan sumber tenaga termasuk tenaga boleh baharu serta memperkukuh sistem tenaga negara selaras dengan keutamaan pembangunan negara,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran terbaharu di platform X hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, turut berkongsi mengenai penyertaan beliau dalam Sidang Kemuncak Mengenai Daya Tahan Tenaga AZEC Plus secara dalam talian atas jemputan kerajaan Jepun.

“Penghargaan dirakamkan kepada Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi bagi penganjuran sidang tergempar pada waktu yang amat kritikal ini,” kata Anwar.

-- BERNAMA