BERITA TERKINI   MPOC jangka harga MSM kekal pada sekitar RM4,400 satu tan pada Jun 2026 | Kebajikan atlet terjaga sumbang kejayaan kepada bidang sukan negara - PM Anwar | Kerangka perkongsian awam-swasta di bawah RMK-13 akan diperkukuh antaranya sedia perumahan mampu milik, pembangunan semula bandar - Mohd Shahar | Sukan dan olahraga strategi penting angkat martabat rakyat dan negara - PM Anwar | Kerajaan bercadang menstruktur semula sektor pembinaan melalui kajian pembaharuan merangkumi seluruh kitaran hayat projek - Mohd Shahar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Kontrak April 2026 dan September 2026 masing-masing menambah 3.5 mata kepada 1,682.5 dan 1,665.5, manakala Mei 2026 meningkat 3.0 mata kepada 1,686.5 dan Jun 2026 menokok 4.5 mata kepada 1,687.0.

Jumlah dagangan menurun kepada 5,919 lot daripada 7,521 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 38,759 kontrak daripada 40,085 kontrak sebelumnya.

 Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 5.07 mata atau 0.30 peratus kepada 1,691.31 daripada 1,686.24 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA