Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini.

Pada penutupan, April 2026 susut 13 mata kepada 1,687.0 dan Mei 2026 merosot 12 mata kepada 1,689.0, manakala Jun 2026 dan September 2026 masing-masing jatuh sebanyak 11.5 mata kepada 1,687.0 serta 1,669.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,079 lot daripada 3,680 lot, manakala kepentingan terbuka naik kepada 37,116 kontrak berbanding 35,688 kontrak yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 14.67 mata kepada 1,680.83 daripada 1,695.50.

-- BERNAMA