BERITA TERKINI   Hubungan Rusia-ASEAN penstabil penting di rantau Asia Pasifik di tengah-tengah situasi geopolitik semasa - Putin | Perodua mengurangkan harga alat ganti penyelenggaraan servis, termasuk kos upah sebanyak 19 peratus mulai 19 Jun | PDRM gerak 11,926 anggota dan pegawai bantu kelancaran proses PRN Johor - Ketua Polis Johor | Op Daya: SPRM kesan 1,638 syarikat seleweng dana kerajaan RM45 juta - KP SPRM | Op Daya: 97 ditahan seleweng dana kerajaan RM9 juta, 63 kertas siasatan dibuka - KP SPRM | 

Kerajaan Laksana Analisis Kos-faedah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas - MITI

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Penilaian menyeluruh termasuk analisis kos-faedah untuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) sedang dilaksanakan bagi memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan kepentingan nasional dan mematuhi komitmen, obligasi serta ruang dasar Malaysia. 

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), hasil kajian itu akan diangkat untuk perbincangan dan pertimbangan Jemaah Menteri sebelum memutuskan langkah-langkah seterusnya.

“Pada masa ini, kerajaan melalui MITI sedang meneliti skop dan implikasi langkah Amerika Syarikat (AS) secara menyeluruh, khususnya dari segi kesannya terhadap akses pasaran, kos perdagangan serta rantaian bekalan negara,” katanya melalui jawapan yang dikeluarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Kementerian itu berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Musoddak Ahmad yang ingin tahu penilaian kerajaan terhadap implikasi komitmen menerima piawaian dan akses pasaran AS ke atas daya saing industri tempatan.

MITI menegaskan bahawa ART yang ditandatangani pada 26 Okt 2025 masih belum berkuatkuasa dan sebarang komitmen berkaitan penerimaan piawaian termasuk akses pasaran masih tertakluk kepada proses serta peraturan domestik sedia ada.

-- BERNAMA