BERITA TERKINI   Jepun gantung perkhidmatan kereta api laju Tokyo-Aomori susulan gempa bumi 7.5 magnitud - lapor Kyodo | Magnitud gempa bumi di Jepun disemak semula kepada 7.5; tsunami dikesan di luar pesisir Iwate dan Aomori di Lautan Pasifik - lapor Kyodo | Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud landa luar pesisir timur laut dan utara Jepun pada Isnin, amaran tsunami dikeluarkan, lapor media | Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud gegar timur laut dan utara Jepun - laporan | Kerajaan pertimbang pengecualian duti import dan cukai jualan bagi pengimportan semula barangan buatan Malaysia yang terjejas akibat konflik Asia Barat sehingga 31 Dis, 2026 - PM Anwar | 

Theta Peroleh Kontrak Bernilai RM22.69 Juta Daripada Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Theta Edge Bhd, Theta Technologies Sdn Bhd, memperoleh surat lantikan daripada Lembaga Tabung Haji bagi menyediakan perkhidmatan terurus dan pajakan peralatan, dengan nilai kontrak RM22.69 juta.

Kontrak selama lima tahun itu akan bermula pada 1 Mei, 2026 dan berakhir pada 30 April, 2031, menurut penyedia perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Theta menjelaskan kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih syarikat serta anak-anak syarikatnya sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.

-- BERNAMA