BERITA TERKINI   KPM teliti laporan kesan kebakaran kilang jejas tujuh sekolah di Kulai - Fadhlina | 

AirAsia Jangka Kelewatan Penerbangan Berikutan Penutupan Landasan 3 KLIA

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pelanggan-pelanggan AirAsia mungkin berhadapan dengan kemungkinan kelewatan penerbangan berikutan penutupan sementara Landasan 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Syarikat penerbangan itu melalui nasihat perjalanan yang dikeluarkan hari ini berkata Malaysia Airports Holdings Bhd telah mengumumkan penutupan sementara landasan bagi memudahkan perjalanan kerja-kerja pembetulan.

“Akibatnya, sesetengah penerbangan mungkin mengalami kelewatan disebabkan pelarasan kapasiti operasi dan landasan di lapangan terbang tersebut,” kata AirAsia dalam siaran di X.

Syarikat itu berkata pelanggan akan dimaklumkan secara langsung jika dan apabila terdapat perubahan pada penerbangan mereka.

“Para pelanggan digalakkan menyemak status penerbangan mereka pada aplikasi AirAsia MOVE atau layari airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini,” katanya.

 

-- BERNAMA