Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa seiring pasaran tunai pendasar.
Pada penutupan dagangan, kontrak Februari 2026 susut 4.5 mata kepada 1,751.5, Mac 2026 rendah 5.5 mata kepada 1,727.5, Jun 2026 menyusut enam mata kepada 1,731.5 dan September 2026 berkurangan 5.5 mata kepada 1,719.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 57,795 lot daripada 24,348 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 98,281 kontrak daripada 63,276 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 3.97 mata atau 0.23 peratus kepada 1,754.01daripada 1,757.98 semasa ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA