BERITA TERKINI   Untung bersih AirAsia X Bhd berjumlah RM191.75 juta bagi tahun kewangan 2025 berbanding RM229.14 juta pada tahun kewangan 2024 | Untung bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd berjumlah RM2.10 bilion bagi tahun kewangan 2025 berbanding RM1.77 bilion pada tahun kewangan 2024 | Untung bersih Mulpha International Bhd melonjak kepada RM404.30 juta bagi tahun kewangan 2025 daripada RM70.81 juta pada tahun kewangan sebelumnya | Untung Bersih Hap Seng Consolidated Bhd susut kepada RM500.32 juta bagi Tahun Kewangan 2025 berbanding RM650.48 juta pada tahun sebelumnya | Untung bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd berjumlah RM384.71 juta bagi tahun kewangan 2025 berbanding RM378.14 juta pada tahun kewangan 2024 | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan dalam asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2026 naik 10 mata kepada 1,756.0, Mac 2026 meningkat 6.5 mata kepada 1,733.0, Jun 2026 bertambah enam mata kepada 1,737.5 dan September 2026 berkembang lima mata kepada 1,724.5.

Jumlah dagangan menokok kepada 24,348 lot berbanding 10,258 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 63,276 kontrak berbanding 49,706 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 5.15 mata atau 0.29 peratus kepada 1,757.98 daripada 1,752.83 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA