BERITA TERKINI   Speaker Rus'sele Eizan tarik balik notis pemakluman keperluan PRK bagi tiga kerusi DUN Perlis | Kerajaan Negeri Perlis isytihar esok sebagai cuti peristiwa - Menteri Besar | Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan 2026 - Mohamed Khaled | 

Public Mutual Umum Agihan Lebih RM128 Juta Untuk Sembilan Dana

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM128 juta untuk sembilan dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Pengurus unit amanah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pengagihan kasar tahunan sebanyak 5.0 sen seunit bagi Public Islamic Enhanced Bond Fund dan 5.25 sen seunit bagi PB Aiman Sukuk Fund.

Ia juga mengumumkan pengagihan kasar tahunan sebanyak 4.75 sen seunit bagi Public Islamic Strategic Bond Fund dan Public Strategic Bond Fund.

Sementara itu, pengagihan kasar iaitu sebanyak 1.25 sen seunit bagi PB Mixed Asset Conservative Fund, 0.9 sen seunit bagi Public Institutional Bond Fund, 0.8 sen seunit bagi Public Savings Fund dan 0.25 sen seunit bagi Public Islamic Growth and Income Fund.

Bagi Public Islamic Savings Fund yang membayar pengagihan secara setengah tahun, pengagihan kasar sebanyak 0.15 sen seunit.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia yang menguruskan lebih daripada 180 dana.

Ia juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan serta menguruskan sembilan dana PRS.

-- BERNAMA