BERITA TERKINI   Kerajaan setuju bayar RM200 sehektar sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | MARA Corp sasar kurangkan kerugian terkumpul kepada RM49.7 juta menjelang akhir 2026, capai prestasi keuntungan terkumpul menjelang akhir 2027 - Ketua Pengarah | MARA sasar jana nilai melalui pelaburan bersasar, berimpak tinggi berjumlah RM2.2 bilion menjelang 2030, meliputi inisiatif kredit karbon dan pembangunan hartanah bernilai tinggi - Ketua Pengarah | Kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti MARA dan UDA dikurangkan, bantu peniaga kecil - PM Anwar | Cuaca panas: TUDM, Bomba diarah tingkat aktiviti pembenihan awan di utara Semenanjung bagi atasi kesukaran dihadapi petani - PM Anwar | 

Sektor Agrikomoditi Sumbang RM165 Bilion Kepada Eksport Negara Sejak Jan Hingga Okt 2025

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Sektor agrikomoditi menyumbang sebanyak RM165.0 bilion atau 12.5 peratus kepada jumlah eksport negara dari Januari hingga Oktober 2025.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata sektor itu juga menyumbang sebanyak RM66.1 bilion atau 5.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga September 2025. 

Katanya fokus utama kementerian pada masa ini adalah membantu pekebun kecil dalam program penanaman semula pokok sawit yang tua atau tidak produktif.

“Berdasarkan Belanjawan 2026, kementerian diperuntukkan sejumlah RM50 juta bagi pelaksanaan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang disediakan khusus untuk kumpulan sasaran, iaitu pekebun kecil persendirian sawit di seluruh Malaysia. 

“Skop TSPKS 2.0 meliputi penyediaan kawasan tanaman, pembekalan anak benih sawit berkualiti dan penyelenggaraan kebun yang akan diberikan kepada pekebun kecil yang memenuhi syarat kelayakan,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.

-- BERNAMA