BERITA TERKINI   Konflik AS-Iran: Kedua-dua pihak perlu berundur dan segera kembali kepada diplomasi dengan lebih serius - PM | Konfrontasi antara Washington dan Tehran akan pengaruhi Timur Tengah - Anwar | PM Anwar luah kebimbangan mendalam terhadap ketegangan memuncak antara AS dan Iran | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan ringgit mengukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran lemah berikutan peniaga mendapat pandangan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat untuk mengekalkan kadar faedah rendah.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 1.21 peratus kepada US$61.49 setong.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang selepas Fed menurunkan kadar faedah seperti dijangka serta kemerosotan pengeluaran getah tempatan dan prestasi ekonomi China yang kukuh pada suku ketiga,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot sembilan sen kepada 721.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan dua sen kepada 575.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA