BERITA TERKINI   Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari | Setakat ini, Malaysia belum menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada AS mengenai garis masa untuk meratifikasi ART - Johari | MITI bersama agensinya, MATRADE dan MIDA dibantu oleh MIDF Research sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi ART - Johari | Pelaksanaan projek Loji Janakuasa 120MW di Zon Perindustrian Rancha-Rancha pastikan kecukupan bekalan tenaga elektrik di Labuan - TPM Fadillah | Angka ekonomi positif berjaya memperkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar | 

Kadar Jangka Pendek Diunjur Kekal Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM42.83 bilion dalam pasaran konvensional dan RM24.71 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik masing-masing bernilai RM1.0 bilion selama tujuh hari dan 90 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM44.8 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM24.7 bilion.

-- BERNAMA