BERITA TERKINI   APG 2025: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin raih emas pertama Malaysia dalam ujian masa berbasikal lebuh raya individu | Dasar Industri Pertahanan Negara tumpu pemantapan ekosistem, rantaian bekalan, daya saing global dan eksport - PM Anwar | APG 2025: Skuad bola keranjang kerusi roda 3x3 lelaki negara raih pingat pertama kontinjen Malaysia, menang pingat gangsa | Dasar Industri Pertahanan Negara langkah strategik bangunkan industri pertahanan tempatan, kurangkan kebergantungan pihak luar - Mohamed Khaled | Dewan Rakyat: Sebanyak 12,509 permohonan dokumen pengenalan diri di Sarawak diselesaikan setakat ini - Saifuddin Nasution | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, apabila pelabur merealisasikan keuntungan dan menunggu isyarat yang lebih jelas mengenai prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Keadaan ini berlaku menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan.

Kontrak bulan semerta Disember 2025 merosot kepada US$4,206.10 setiap auns troy daripada US$4,215.90 semalam, Januari 2026 menurun kepada US$4,221.80 daripada US$4,231.60, Februari 2026 susut sedikit kepada US$4,237.80 daripada US$4,247.60 dan Mac 2026 jatuh kepada US$4,254.50 daripada US$4,264.30 setiap auns troy.

Kontrak April dan Jun 2026 juga ditutup lebih rendah kepada US$4,272.60 setiap auns troy daripada US$4,282.70 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 94 lot daripada 75 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 148 kontrak daripada 145 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal diniagakan pada US$4,210.30 setiap auns troy, menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 3 Disember, 2025.

-- BERNAMA