BERITA TERKINI   Pemegang MyKad lama tidak diwajibkan menukar MyKad baharu yang diperkenal pada Jun ini - Saifuddin Nasution | MyNIISe dijangka bantu kurangkan isu kesesakan di pintu-pintu utama negara - Saifuddin Nasution | Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi Hari Raya Aidiladha ditetapkan 17 Mei - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan di Batu Pahat Selasa lepas | PM Anwar tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 yang diadakan di Cebu, Filipina | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh penurunan dalam harga minyak mentah dan isyarat bercampur-campur daripada niaga hadapan serantau, menurut seorang peniaga.

Ssntimen juga terjejas akibat permintaan getah yang lebih lemah berikutan pemproses huluan mula mengurangkan inventori susulan kelewatan dalam Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh kebimbangan berterusan terhadap gangguan bekalan akibat hujan lebat di negara-negara pengeluar utama selain sentimen yang lebih baik daripada perkembangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang agak positif dan keyakinan terhadap potensi pemotongan kadar faedah AS," katanya kepada Bernama.

Penurunan dalam harga minyak berlaku selepas pasaran risau akan wujud lambakan bekalan berbanding kebimbangan potensi sekatan ke atas eksport Russia. 

Beliau menambah permintaan getah juga boleh merosot jika pemproses mengurangkan stok, manakala kelewatan EUDR membolehkan pengeluar tayar menangguhkan pembelian yang mematuhi peraturan itu, ini menekan premium.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan SMR 20 susut 3.5 sen kepada 724.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal jatuh dua sen kepada 570 sen sekilogram.

-- BERNAMA