BERITA TERKINI   Jaguh para badminton negara Cheah Liek Hou pertahan gelaran juara perseorangan lelaki SU5 pada Kejohanan Para Badminton Dunia 2026 di Bahrain hari ini | Tan Sri Noh Omar umum letak jawatan Ahli MPT Bersatu berkuat kuasa hari ini | 

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah ketika awal dagangan pada Jumaat.

Pada 9.35 pagi, November 2025 dan Disember 2025 masing-masing turun 6.5 mata kepada 1,617.0 dan 1,618.0, manakala Mac 2026 susut 8.0 mata kepada 1,599.0 dan Jun 2026 kekal pada 1,610.0.

Jumlah dagangan 1,761 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 43,849 kontrak.

Selepas 35 minit dagangan, FBM KLCI turun 2.21 mata kepada 1,617.75 daripada 1,619.96 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA