BERITA TERKINI   Mohd Sakeri Abdul Kadir dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya untuk tempoh dua tahun bermula esok - KSN | U Mobile peroleh kemudahan pembiayaan bersindiket RM4.3 bilion dengan CIMB, Maybank, AmBank dan UOB Malaysia untuk menyokong penggunaan rangkaian 5G generasi seterusnya | ATM bersedia untuk digerakkan di bawah Op Murni bagi menghadapi Monsun Timur Laut - Fahmi | Monsun Timur Laut: Pusat Pemindahan Sementara akan dilengkapi starlink dan wifi bagi bolehkan penduduk nikmati capaian Internet - Fahmi | Menteri KPDN Armizan dilantik mewakili Sabah dalam Jawatankuasa Teknikal MA63, menggantikan Ewon Benedick - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah walaupun menjejaki kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur terlibat dalam pengambilan untung, kata seorang penganalisis.

Kontrak semerta bulan November 2025 merosot kepada US$4,136.60 setiap auns troy daripada US$4,153.30 setiap auns troy, Disember 2025 susut kepada US$4,153.80 daripada US$4,170.40, dan Januari 2026 berkurang kepada US$4,172.40 berbanding US$4,189.00 semalam. 

Kontrak Februari, April dan Jun 2026 pula ditutup lebih rendah pada US$4,188.30 setiap auns troy daripada US$4,204.90 sebelumnya. 

Jumlah dagangan merosot kepada 27 lot daripada 46 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 108 kontrak daripada 146 kontrak semalam. 

Mengikut penetapan London Bullion Market Association, harga emas fizikal berada pada US$4,123.30 setiap auns troy pada 11 Nov, 2025. 

-- BERNAMA