BERITA TERKINI   Untung bersih Allianz naik kepada RM958.78 juta pada TK2025 daripada RM770.74 juta pada TK2024 | Untung bersih SP Setia Bhd merosot kepada RM509.96 juta pada TK2025 daripada RM575.95 juta pada TK2024 | Petronas jangka purata harga minyak mentah Brent antara US$65-US$70 setong dalam tempoh lima tahun akan datangĀ - Presiden dan CEO Kumpulan Petronas | Siasatan perlu dilaksanakan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan- Jabatan Peguam Negara | Petronas menyasar untuk mengembangkan perniagaan huluan di peringkat antarabangsa sebanyak 60 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang - Ketua Pegawai OperasiĀ  | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini selepas dipengaruhi oleh petunjuk yang lebih lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, menurut seorang peniaga. 

Sentimen pasaran terjejas dengan data ekonomi China yang tidak memberangsangkan dan krisis perdagangan Amerika Syarikat-China yang memanas semula. 

"Eksport China turun 1.1 peratus, yang paling lemah sejak Februari berikutan penghantaran masuk ke AS menjunam lebih 25 peratus disebabkan oleh tarif," katanya kepada Bernama. 

Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dibatasi oleh kenaikan dalam harga minyak mentah. 

"Minyak meningkat hari ini selepas kebimbangan selama tiga hari mengenai bekalan yang berlebihan dan permintaan perlahan di AS sudah mula mereda," katanya.

Pada 3 petang hari ini, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga getah SMR20 menurun sebanyak 7.50 sen kepada 720.00 sen sekilogram, manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 570 sen sekilogram.

-- BERNAMA