Niaga Hadapan Emas Melonjak Selepas Dolar US Melemah
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada hari Khamis, disokong oleh dolar US yang melemah dan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan mengenai penutupan kerajaan, ini telah meningkatkan permintaan untuk emas sebagai aset selamat.
Kontrak bulan semerta 2025 meningkat kepada US$4,025.20 setiap auns troy daripada US$3,981.70 yang dicatatkan pada hari Rabu, Disember 2025 menokok kepada US$4,042.10 berbanding US$3,998.60 dan Januari 2026 naik kepada US$4,060.90 daripada US $ 4,016.80 sebelum ini.
Manakala, Februari 2026, April 2026 serta Jun 2026 semuanya berakhir lebih tinggi pada US$4,076.80 setiap auns troy daripada US$4,032.70.
Jumlah dagangan susut kepada 31 lot berbanding 34 lot pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 138 kontrak daripada 139 sebelum ini.
Berdasarkan penetapan tengah hari 5 Nov 2025 London Bullion Market Association, harga emas fizikal berada pada US$3,968.20 setiap auns troy.
-- BERNAMA