BERITA TERKINI   Virus Nipah: Warga Malaysia yang sedang melancong ke India atau berada di India disaran mengambil langkah berjaga-jaga dan mengamalkan kebersihan diri yang baik | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakannya Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya rendah dalam dagangan awal pada Khamis.

Pada 9.35 pagi, kontrak Oktober 2025 dan November 2025 masing-masing menyusut 2.5 mata kepada 1,611.5 dan 1,612.5. Disember 2025 susut tiga mata kepada 1,611.0 manakala Mac 2026 menambah 2.5 mata kepada 1,597.0.

Jumlah dagangan berjumlah 4,120 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 59,351 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI menambah 2.29 mata kepada 1,613.83 selepas 40 minit dagangan berbanding 1,611.54 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA