BERITA TERKINI   Jabatan Peguam Negara akan ambil tindakan lanjut terhadap Bloomberg - KSN | Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg bahawa PM minta jawatankuasa khas tangguh pendedahan siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN | Kerajaan kekalkan bantuan BUDI Diesel RM300 bagi April yang akan disalurkan mulai 8 April, manfaatkan 340,000 penerima dengan peruntukan RM102 juta - MoF | Kerajaan MADANI terus bertindak proaktif berlandaskan data dan realiti semasa supaya langkah diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan dalam menghadapi krisis tenaga global - PM Anwar | PM Anwar mahu seluruh rakyat memperkukuh ekonomi domestik, utamakan barangan tempatan dan sokong usahawan tempatan sebagai benteng utama mengharungi krisis tenaga global | 

ASEAN, China Perkukuh Perdagangan Melalui Perjanjian Naik Taraf ACFTA 3.0

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- ASEAN dan China hari ini menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA 3.0) yang dinaik taraf, menandakan fasa baharu dalam hubungan perdagangan dua hala antara blok serantau itu dan ekonomi terbesar dunia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz serta Menteri Perdagangan China Wang Wentao menandatangani Protokol Naik Taraf ACFTA 3.0.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang.

Upacara berkenaan diadakan pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

-- BERNAMA