BERITA TERKINI   Belanjawan Sabah 2026 catat belanjawan lebihan RM28 juta – Masidi Manjun | Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun bentang Belanjawan Sabah 2026 berjumlah RM6.402 bilion | Sukan SEA 2025: Gimnas negara Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam menang pingat emas acara melombol lelaki | Sukan SEA 2025: Malaysia raih pingat emas keenam menerusi atlet karate wanita negara C.Shahmalarani dalam acara kumite wanita bawah 50 kilogram | Sukan SEA 2025: Atlet karate muda negara K.Thevendran raih pingat emas kumite lelaki bawah 55 kilogram, menjadikan ia emas kelima negara | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan lebih tinggi pada sesi dagangan awal hari ini.

Pada jam 9.54 pagi, kontrak Oktober 2025 meningkat 12.5 mata kepada 1,616.0, November 2025 naik 12.0 mata kepada 1,615.5, Disember 2025 menokok 13.5 mata kepada 1,615.5 dan kontrak Mac 2026 meraih 13.0 mata kepada 1,598.0

Jumlah dagangan sebanyak 2,420 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 42,665 kontrak.

Petunjuk utama pasaran FBM KLCI meraih 5.92 mata kepada 1,613.10 selepas 41 minit dagangan dijalankan berbanding paras 1,607.18 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA