BERITA TERKINI   Umat ​​Islam di Thailand menyambut Aidilfitri pada Sabtu - Sheikhul Islam | Umat ​​Islam di Singapura akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (21 Mac) - Mufti Singapura | Umat ​​Islam di Indonesia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Menteri Hal Ehwal Agama | Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | 

Gangguan Perkhidmatan Di Terminal 1 KLIA Disebabkan Gangguan Kuasa Sementara

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kedua-dua aerotrain di Terminal 1 KLIA mengalami gangguan kuasa sementara, mengakibatkan gangguan perkhidmatan pada pukul 8.30 malam hari ini, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MAHB dalam satu kenyataan di sini malam ini berkata prosedur bantuan ke atas penumpang telah diaktifkan serta-merta dan pasukan respons lapangan terbang telah dihantar untuk membantu mereka yang berada dalam aerotrain itu yang menuju ke terminal.

Perkhidmatan untuk salah satu aerotrain telah dipulihkan pada 9.27 malam dan ia kini kembali beroperasi, manakala kerja-kerja pembaikan diteruskan pada tren kedua, kata MAHB.

Dalam pada itu, ia berkata pengaturan pengangkutan alternatif segera diaktifkan untuk memastikan pergerakan penumpang berjalan lancar antara terminal dan bangunan satelit.

"KLIA sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk menentukan punca kejadian. Kami kesal atas kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran dan kefahaman semua penumpang semasa kerja pemulihan berjalan," katanya.

-- BERNAMA